Skip to content

Privacy Policy

Dasar Privasi

Komitmen kami untuk melindungi privasi anda

Kami bertekad untuk membantu insan menjalani kehidupan yang lebih bermakna dan produktif dan membantu organisasi meraih kejayaan. Kami percaya bahawa anda perlu memahami bagaimana maklumat anda dikumpul, digunakan, dilindungi dan bagaimana anda boleh menanganinya apabila anda berinteraksi dengan kami. Kami menjelaskan semua perkara ini secara terperinci dalam Dasar Privasi kami di bawah.

Apabila anda mendaftarkan diri dan mewujudkan akaun dengan kami, menggunakan produk dan perkhidmatan kami, melawat Platform kami atau berinteraksi dengan kami melalui telefon, e-mel, secara peribadi atau melalui sebarang cara lain, terma-terma yang terkandung dalam Dasar Privasi ini akan dikenakan terhadap anda.

Istilah yang bermula dengan huruf besar dalam Dasar Privasi ini ditakrifkan dalam bahagian 17, kecuali dinyatakan sebaliknya.

Kami mengendalikan suatu pusat pasaran pekerjaan dalam talian yang merentas rantau Asia-Pasifik dan beroperasi di Australia, New Zealand, Malaysia, Singapura, Filipina, Indonesia, Thailand dan Hong Kong.

Dasar Privasi ini merangkumi perniagaan kami yang beroperasi di bawah jenama berikut:

a. SEEK di Australia dan New Zealand;

b. JobStreet by SEEK (tidak termasuk JobStreet Express) di Malaysia, Singapura, Indonesia dan Filipina; dan

c. JobsDB by SEEK di Thailand dan Hong Kong.

Kami beroperasi di dalam pasaran yang berbeza-beza di seluruh rantau Asia Pasifik, maka aspek tertentu dalam Dasar Privasi ini akan menangani keperluan tertentu yang khusus buat wilayah yang berbeza di bawah Undang-undang Privasi yang dikenakan (sila lihat bahagian 18 untuk maklumat lanjut). Anda perlu membaca Dasar Privasi ini dengan sepenuhnya demi memastikan anda memahami semua aspek yang melibatkan anda.

Bahagian ini membentangkan entiti undang-undang dalam Kumpulan SEEK yang bertanggungjawab untuk Maklumat Peribadi yang kami kumpul daripada anda dan menerangkan tempoh apabila kami menjadi pengawal atau pemproses Maklumat Peribadi anda.

Jika anda seorang Calon, apabila anda memohon apa-apa pekerjaan yang diiklankan di Platform kami, kami Memproses permohonan pekerjaan anda (dan sebarang Maklumat Peribadi yang dirangkum dalam permohonan tersebut) bagi pihak Pengiklan yang mengiklankan pekerjaan tersebut. Bagi Pemprosesan Maklumat Peribadi sedemikian, kami adalah pemproses data, dan Pengiklan adalah pengawal data.

Dalam semua situasi lain apabila kami mengumpul Maklumat Peribadi anda, kami berbuat demikian sebagai pengawal data untuk maklumat tersebut. Pengawal data yang berkenaan (atau konsep yang bersamaan dengannya di rantau anda) bagi Maklumat Peribadi anda adalah seperti berikut:

a. Untuk Pengguna SEEK, SEEK Limited.

b. Untuk Pengguna JobStreet dan/atau Pengguna JobsDB, Entiti Yang Ditetapkan dan SEEK Limited sama ada sebagai pengawal data bersama atau pengawal data bebas (bergantung kepada Undang-undang Privasi yang dikenakan).

Kami mengumpul jenis maklumat yang berbeza-beza tentang anda, bergantung kepada bagaimana anda berinteraksi dengan kami dan menggunakan produk dan perkhidmatan kami. Contohnya:

  • Untuk mendaftarkan diri sebagai Pengguna Berdaftar di Platform kami (sama ada anda seorang Calon atau Pengiklan), anda perlu memberikan maklumat asas seperti nama dan alamat e-mel anda.

  • Jika anda seorang Calon, jika anda memilih untuk mewujudkan Profil dan/atau jika anda memohon pekerjaan, bergantung kepada Pengiklan, kami mungkin mengumpul Maklumat Peribadi tambahan mengenai anda bagi pihak Pengiklan.

Jenis maklumat utama (termasuk Maklumat Peribadi) yang mungkin kami kumpul termasuk tetapi tidak terhad kepada:

a. Jika anda seorang Pengguna Berdaftar:

Kategori Maklumat Peribadi

Huraian

Data Am

  • Untuk semua Pengguna Berdaftar: nama, alamat e-mel dan kata laluan.

  • Untuk Calon yang mewujudkan Profil, anda boleh memilih untuk mendedahkan maklumat berikut kepada kami: negara kediaman (termasuk Lokasi Asal, lokasi pekerjaan pilihan), resume, lesen dan sijil (contohnya, tarikh luput lesen memandu), dan apa-apa Maklumat Peribadi lain yang mungkin disediakan oleh Calon dalam resume mereka yang dimuat naik ke dalam Platform kami atau sebaliknya dimasukkan ke dalam Profil Calon di Platform kami.

  • Untuk Calon yang memohon pekerjaan, bergantung kepada Pengiklan, kami mungkin mengumpul Maklumat Peribadi tambahan daripada anda bagi pihak Pengiklan, seperti apa-apa Maklumat Peribadi yang mungkin anda masukkan ke dalam resume, surat iringan atau untuk menjawab soalan mengenai keperluan pekerjaan atau kriteria pemilihan.

Data Hubungan

  • Alamat e-mel, nombor telefon mudah alih, nombor hubungan lain, alamat rumah, alamat hubungan, butir- butir syarikat (jika berkenaan).

  • Log masuk Google atau Facebook atau Apple ID (Akaun Berpaut).

  • Jika anda Pengiklan: nama syarikat, alamat perniagaan dan alamat pengebilan; nama, alamat e-mel dan nombor telefon orang hubungan utama (pentadbir akaun Pengiklan) dan nama, alamat e-mel, nombor telefon mana-mana pengguna tambahan bagi akaun Pengiklan (ditambah oleh Pengiklan).

  • Data hubungan lain yang mungkin dikongsi oleh Pengguna dengan kami.

Data Latar Belakang

Bagi Calon yang mewujudkan Profil, anda boleh memilih untuk mendedahkan maklumat berikut kepada kami: ringkasan peribadi, pengalaman pekerjaan, latar belakang pendidikan, kemahiran bahasa, kemahiran lain, kelayakan profesional, maklumat gaji, klasifikasi pekerjaan dan lokasi pilihan.

Data Penggunaan dan Peranti

Maklumat mengenai akses dan lawatan ke Platform, corak penggunaan, Cookies, halaman yang anda lawati, sejarah carian dan klik di Platform, langkah menyesuaikan kandungan Platform, Alamat IP, jenis dan bentuk pelayar, halaman perujuk, sistem operasi, cap tarikh dan waktu dan data ‘clickstream’ yang disimpan dalam fail log.

Data ini dikumpul secara automatik melalui penggunaan Cookies yang merupakan sebahagian daripada atau diletakkan dalam pelayar anda atau pada peranti anda (lihat bahagian 11 untuk maklumat lanjut tentang bagaimana kami menguruskan Data Penggunaan dan Peranti).

Data Pihak Ketiga (termasuk Maklumat Peribadi mengenai Orang Berkaitan)

Nama, alamat e-mel, nombor telefon mudah alih, nombor hubungan lain, alamat hubungan, tempat kerja, jawatan, perhubungan dengan Pengguna Berdaftar (sila pastikan anda mendapat kebenaran daripada pihak ketiga yang berkenaan apabila anda mendedahkan Maklumat Peribadi mereka kepada kami).

Data Lokasi

Alamat rumah, alamat hubungan dan/atau lokasi peranti apabila menggunakan Platform pada peranti anda. Lokasi peranti anda hanya akan disimpan pada peranti anda dan hanya jika anda memberikan kebenaran anda agar aplikasi mengenal pasti lokasi anda.

b. Jika anda adalah Pengguna Tak Berdaftar:

Kami mungkin mengumpul Data Penggunaan dan Peranti, Data Hubungan dan/atau Data Lokasi anda jika anda berkomunikasi dengan kami sebagai Pengguna Tak Berdaftar. Contohnya, jika anda menghubungi kami melalui telefon, e-mel atau dalam talian.

c. Jika anda adalah Pengguna Muda:

Untuk Pengguna Muda yang umurnya di bawah umur minimum yang diperuntukkan di bawah Undang-undang privasi yang dikenakan, anda membuat representasi dan menjamin bahawa ibu, bapa atau penjaga sah anda telah dimaklumkan mengenai Dasar Privasi ini dan menyetujuinya. Jika dikehendaki di sisi undang-undang, anda bertanggungjawab mendapatkan kebenaran yang sah daripada ibu, bapa atau penjaga sah anda sebelum memberikan Maklumat Peribadi anda kepada kami (Kebenaran Ibu Bapa). Kami boleh meminta anda memberikan bukti mengenai Kebenaran Ibu Bapa kepada kami dan kami berhak untuk memadamkan apa-apa Maklumat Peribadi yang dikumpul daripada anda jika kami tidak dapat menentusahkan bahawa anda mempunyai kebenaran yang diperlukan untuk memberikan Maklumat Peribadi anda kepada kami dan/atau untuk menggunakan Platform kami. Kami tidak akan dipertanggungjawabkan atau bertanggungjawab jika anda gagal mendapatkan Kebenaran Ibu Bapa.

d. Kategori Maklumat Peribadi yang lain:

Kami juga mungkin mengumpul Maklumat Peribadi lain yang diberikan oleh anda melalui interaksi anda dengan kami, contohnya, berhubung dengan tinjauan atau promosi.

Lazimnya, kami tidak perlu mengumpul Maklumat Sensitif anda apabila anda berinteraksi dengan kami. Anda tidak harus mendedahkan kepada kami apa-apa Maklumat Sensitif jika pendedahannya tidak perlu atau tidak relevan. Calon khususnya hendaklah sentiasa mengingati perkara ini dalam proses permohonan pekerjaan.

Namun, dalam situasi tertentu, kami mungkin akan mengumpul dan mengendalikan Maklumat Sensitif anda. Contohnya, seseorang Calon mungkin memutuskan untuk memberikan maklumat kesihatan khusus (contohnya, maklumat status vaksinasi) kepada Pengiklan apabila mengisi permohonan pekerjaan. Maklumat ini akan dikumpul oleh kami bagi pihak Pengiklan.

Kami hanya akan mengumpul Maklumat Sensitif jika:

a. anda membenarkan kami mengumpul dan memproses Maklumat Sensitif anda dengan memasukkan maklumat sedemikian secara sukarela dalam dokumen dan maklumat lain yang dikemukakan oleh anda kepada Pengiklan sebagai sebahagian daripada proses permohonan pekerjaan atau jika anda dengan sukarela memasukkan maklumat sedemikian dalam Profil anda;

b. anda memberikan kebenaran nyata anda kepada Certsy (penyedia penentusahan pihak ketiga kami) untuk berkongsi Maklumat Sensitif anda dengan kami; atau

c. wujud asas undang-undang lain yang membenarkan kami mengumpul maklumat sedemikian.

Kami mengumpul Maklumat Peribadi anda dalam beberapa cara yang berbeza.

a. Secara langsung daripada anda

Kami mengumpul Maklumat Peribadi anda secara langsung daripada anda (termasuk tetapi tidak terhad kepada) apabila anda mendaftarkan diri dan mewujudkan akaun dengan kami, menggunakan sebarang produk dan perkhidmatan kami (termasuk apabila anda berkomunikasi dengan kami) atau melawat Platform kami.

b. Kumpulan SEEK

Kami juga mungkin menerima atau mengumpul Maklumat Peribadi anda daripada entiti lain dalam Kumpulan SEEK dari semasa ke semasa selaras dengan dasar privasi entiti yang berkaitan tersebut dan/atau Undang-undang Privasi yang relevan atau undang-undang lain yang relevan (jika berkenaan).

c. Secara tidak langsung

Kami juga mungkin mengumpul Maklumat Peribadi anda melalui pihak ketiga, contohnya:

  • Apabila anda mendaftarkan diri dan log masuk ke dalam akaun anda dengan kami melalui Google, Facebook atau Apple. ⁠ ⁠Apabila anda mendaftarkan diri atau log masuk menggunakan butir-butir log masuk Google atau Facebook anda atau Apple ID anda, anda memberikan kebenaran kepada Google, Facebook atau Apple (yang mana berkenaan) untuk berkongsi data anda dengan kami, seperti nama dan alamat e-mel anda. Jika anda sudah mempunyai akaun yang didaftarkan dengan alamat e-mel yang sama, akaun sedia ada anda akan dipautkan dengan butir-butir log masuk Akaun Berpaut anda. Apabila menggunakan Apple ID anda, anda boleh memilih untuk menyembunyikan alamat e- mel anda daripada kami dan Apple sebaliknya akan memberikan kepada kami satu alamat e-mel rawak yang akan dipautkan kepada akaun anda. ⁠ ⁠Sila ambil maklum bahawa jika alamat e-mel anda dikemaskinikan dengan mengakses bahagian ‘Settings’ dalam akaun anda, ini tidak akan menyahpaut akaun anda daripada butir-butir log masuk akaun berpaut anda. Anda boleh menyahpaut butir-butir log masuk Google anda di halaman “Linked Accounts” anda dalam Akaun Google anda. Anda boleh menyahpaut butir-butir log masuk Facebook anda dalam seting “Apps and Websites” di Akaun Facebook anda. Anda boleh menyahpaut butir-butir log masuk Apple anda dengan menggunakan seting “Sign in with Apple” atau “Apps Using Apple ID” dalam seting akaun Apple ID anda. Jika anda menyahpaut Akaun Berpaut anda, kami masih akan menyimpan Maklumat Peribadi yang dikongsi oleh anda melalui Akaun Berpaut apabila anda mula-mula mendaftarkan akaun anda.

  • Apabila kami bekerjasama dengan pihak ketiga, contohnya Penyedia Perkhidmatan dan Rakan Niaga kami.

  • Jika anda seorang Calon, kami mungkin mengumpul Maklumat Peribadi tambahan mengenai anda melalui Pengiklan jika maklumat ini diperolehi di Platform kami dalam proses permohonan pekerjaan.

  • Kami juga mungkin mengumpul Maklumat Peribadi anda daripada pihak berkuasa kerajaan, penguatkuasaan undang-undang dan pengawalseliaan, jika perlu dan sebagaimana yang dikehendaki. Ini mungkin termasuk, tetapi tidak terhad kepada, agensi polis, imigresen, kastam, dan keselamatan sempadan.

d. Daripada aktiviti dalam talian anda

Kami menggunakan Cookies untuk mengumpul Data Penggunaan dan Peranti anda apabila anda menggunakan platform mana-mana entiti dalam Kumpulan SEEK (Platform Berkaitan) dan apabila anda berinteraksi dengan iklan kami di laman web pihak ketiga. Untuk maklumat lanjut mengenai Cookies dan Data Penggunaan dan Peranti, lihat bahagian 11 di bawah.

Kami mengumpul Maklumat Peribadi daripada anda, yang boleh dikumpul oleh kami di sisi undang-undang dan yang diperlukan bagi tujuan yang dibentangkan di bawah:

a. Untuk menyediakan produk dan perkhidmatan kepada Pengguna

Tujuan

Kategori Maklumat Peribadi dan Asas Undang-undang

Untuk menyediakan produk dan perkhidmatan kepada anda

Kami menggunakan maklumat anda untuk menyediakan produk dan perkhidmatan kami, termasuk tetapi tidak terhad kepada membantu dan membolehkan Calon mencari dan memohon pekerjaan; membantu Pengiklan merekrut untuk pekerjaan; memproses urus niaga dengan anda; menentusahkan anda sebagai Pengguna Berdaftar.

Kategori Maklumat Peribadi

  • Data Am

  • Data Hubungan

  • Data Latar Belakang

  • Data Penggunaan dan Peranti

  • Data Pihak Ketiga

  • Data Lokasi

Asas Undang-undang

  • Kewajipan Kontrak

  • Kepentingan Sah

  • Pemberitahuan dan/atau Kebenaran (jika dikehendaki oleh Undang-undang Privasi yang dikenakan)

Untuk menyesuaikan dan mempertingkatkan produk dan perkhidmatan

Kami menggunakan maklumat anda untuk menyesuaikan dan mempertingkatkan produk dan perkhidmatan kami.

Kami mungkin menggunakan maklumat anda dalam sistem kecederdasan buatan dan pembelajaran mesin untuk menyesuaikan ciri-ciri dan menyediakan pengalaman yang dikhususkan buat anda, termasuk tetapi tidak terhad kepada:

  • menyediakan satu isyarat ‘mudah dihubungi’ yang menandakan kepada Pengiklan betapa mudahnya untuk menghubungi seseorang Calon bagi sesuatu peluang pekerjaan tertentu (Isyarat Mudah Dihubungi).

  • mengesyorkan soalan-soalan yang mungkin perlu dijawab oleh Calon sebagaimana yang dikehendaki oleh Pengiklan sebagai sebahagian daripada proses permohonan pekerjaan.

  • jika Calon menyimpan resume di Platform kami, menggunakan resume tersebut, bersama-sama dengan faktor lain, untuk menilai kesesuaian seseorang Calon berbanding dengan Calon lain berkaitan dengan potensi peluang pekerjaan. Penilaian ini mungkin ditunjukkan kepada Calon apabila melihat iklan pekerjaan dan mungkin juga ditunjukkan kepada Pengiklan.

Kategori Maklumat Peribadi

  • Data Am

  • Data Hubungan

  • Data Latar Belakang

  • Data Penggunaan dan Peranti

  • Data Lokasi

Asas Undang-undang

  • Kepentingan Sah

  • Pemberitahuan dan/atau Kebenaran (jika dikehendaki oleh Undang-undang Privasi yang dikenakan)

Untuk berkomunikasi dengan anda mengenai penggunaan produk dan perkhidmatan kami oleh anda dan untuk menyediakan sokongan teknikal dan sokongan lain kepada anda

Kami mungkin menghubungi anda dan memberikan maklumat yang relevan bagi penggunaan Platform, produk atau perkhidmatan oleh anda dan untuk menyediakan sokongan teknikal dan sokongan lain kepada anda.

Apabila kami bercakap dengan anda melalui telefon, kami mungkin akan merakamkan panggilan bagi tujuan latihan, penentusahan dan jaminan mutu. Kami juga mungkin menghantar komunikasi SMS kepada Pengguna Berdaftar untuk menentusahkan identiti mereka dan memastikan akaun adalah selamat.

Kategori Maklumat Peribadi

  • Data Am

  • Data Hubungan

  • Data Penggunaan dan Peranti

  • Data Lokasi

Asas Undang-undang

  • Kepentingan Sah

  • Kewajipan Undang-undang

  • Pemberitahuan dan/atau Kebenaran (jika dikehendaki oleh Undang-undang Privasi yang dikenakan)

b. Tujuan pemasaran dan komunikasi

Tujuan

Kategori Maklumat Peribadi dan Asas Undang-undang

Untuk memasarkan dan mempromosi produk dan perkhidmatan kami

Kami menggunakan maklumat anda untuk menghantar bahan pemasaran dan promosi kepada anda bagi tujuan pemasaran langsung termasuk maklumat mengenai produk dan ciri-ciri kami, maklumat penempatan pekerjaan dan maklumat kerjaya yang berkaitan, surat berita, permintaan soal selidik dan acara yang kami berpendapat mungkin menarik minat anda.

Kami mungkin berkomunikasi dengan anda melalui beberapa saluran yang berbeza (termasuk e-mel /SMS/dalam talian/telefon/media sosial).

Lihat bahagian 13 di bawah mengenai bagaimana anda boleh mengubah pilihan komunikasi anda.

Kategori Maklumat Peribadi

  • Data Am

  • Data Hubungan

  • Data Latar Belakang

  • Data Penggunaan dan Peranti

  • Data Lokasi

Asas Undang-undang

  • Kepentingan Sah

  • Pemberitahuan dan/atau Kebenaran (jika dikehendaki oleh Undang-undang Privasi yang dikenakan)

Data Penggunaan dan Peranti

Kami menjejak dan memantau Data Penggunaan dan Peranti anda untuk menyesuaikan, menguruskan dan memaparkan secara tersasar iklan yang mungkin dapat diilihat oleh anda.

Lihat bahagian 11 di bawah untuk maklumat lanjut mengenai bagaimana kami menggunakan Cookies.

Kategori Maklumat Peribadi

  • Data Am

  • Data Hubungan

  • Data Penggunaan dan Peranti

  • Data Lokasi

Asas Undang-undang

  • Kepentingan Sah

  • Pemberitahuan dan/atau Kebenaran (jika dikehendaki oleh Undang-undang Privasi)

Untuk menjalankan tinjauan pasaran, percubaan (’trials’) dan penyelidikan pelanggan

Kategori Maklumat Peribadi

  • Data Am

  • Data Hubungan

  • Data Penggunaan dan Peranti

Asas Undang-undang

  • Kepentingan Sah

  • Pemberitahuan dan/atau Kebenaran (jika dikehendaki oleh Undang-undang Privasi yang dikenakan)

Untuk menghantar maklumat kepada anda mengenai produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh perniagaan dalam Kumpulan SEEK, Pengiklan dan Rakan Niaga

Kategori Maklumat Peribadi

  • Data Am

  • Data Hubungan

  • Data Latar Belakang

Asas Undang-undang

  • Kepentingan Sah

  • Pemberitahuan dan/atau Kebenaran (jika dikehendaki oleh Undang-undang Privasi yang dikenakan)

c. Sebagai sebahagian daripada operasi perniagaan Kumpulan SEEK

Tujuan

Kategori Maklumat Peribadi dan Asas Undang-undang

Untuk penyelidikan dan pembangunan produk dan perkhidmatan dalam Kumpulan SEEK

Kami menggunakan maklumat anda untuk meraih pemahaman mengenai Pengguna kami dan untuk membantu perniagaan dalam Kumpulan SEEK mempertingkatkan, menyesuaikan dan membangunkan produk dan perkhidmatan mereka (contohnya, dengan menjalankan percubaan (‘trials’), analisis dan penyelidikan pelanggan, dan dengan menggunakan maklumat anda dalam sistem pembelajaran mesin dan kecerdasan buatan).

Kategori Maklumat Peribadi

  • Data Am

  • Data Hubungan

  • Data Latar Belakang

  • Data Penggunaan dan Peranti

  • Data Lokasi

Asas Undang-undang

  • Kepentingan Sah

  • Pemberitahuan dan/atau Kebenaran (jika dikehendaki oleh Undang-undang Privasi yang dikenakan)

Untuk menguruskan dan mentadbir produk dan perkhidmatan kami, menentusahkan identiti anda dan memastikan operasi kami adalah selamat

Kami menggunakan maklumat anda untuk menentusahkan identiti anda (dan sebarang maklumat lain yang mungkin anda berikan kepada kami), akaun dan aktiviti anda, untuk mengesan, mencegah dan menangani kejadian keselamatan yang mungkin atau sebenarnya berlaku dan untuk memantau dan melindungi terhadap aktiviti lain yang berniat jahat, menipu, memfraud atau haram.

Kategori Maklumat Peribadi

  • Data Am

  • Data Hubungan

  • Data Latar Belakang

  • Data Penggunaan dan Peranti

Asas Undang-undang

  • Kepentingan Sah

  • Kewajipan Undang-undang

  • Pemberitahuan dan/atau Kebenaran (jika dikehendaki oleh Undang-undang Privasi yang dikenakan)

Untuk melindungi hak semua entiti dalam Kumpulan SEEK, asetnya, hak dan kepentingannya yang lain dan kakitangannya

Kategori Maklumat Peribadi

  • Data Am

  • Data Hubungan

  • Data Latar Belakang

  • Data Penggunaan dan Peranti

  • Data Pihak Ketiga

Asas Undang-undang

  • Kepentingan Sah

  • Kewajipan Undang-undang

  • Pemberitahuan dan/atau Kebenaran (jika dikehendaki oleh Undang-undang Privasi yang dikenakan)

Untuk menghantar kepada anda maklumat pelabur yang relevan mengenai SEEK Limited

Kategori Maklumat Peribadi

  • Data Am

  • Data Hubungan

Asas Undang-undang

  • Kepentingan Sah

  • Kewajipan Kontrak

  • Kewajipan Undang-undang

  • Pemberitahuan dan/atau Kebenaran (jika dikehendaki oleh Undang-undang Privasi yang dikenakan)

d. Untuk memenuhi kewajipan pengawalseliaan, kepatuhan dan undang-undang kami

Tujuan

Kategori Maklumat Peribadi dan Asas Undang-undang

Untuk mematuhi kewajipan pengawalseliaan, kepatuhan dan undang-undang kami

Ini termasuk, tanpa had, untuk menangani permintaan berkenaan dengan hak anda terhadap penggunaan dan pengendalian Maklumat Peribadi anda oleh kami dan untuk membalas permintaan untuk maklumat yang mungkin dibuat oleh pihak berkuasa pengawalseliaan atau penguatkuasaan undang-undang yang berbeza

Kategori Maklumat Peribadi

  • Data Am

  • Data Hubungan

  • Data Latar Belakang

  • Data Pihak Ketiga

  • Data Penggunaan dan Peranti

Asas Undang-undang

  • Kewajipan Undang-undang

  • Pemberitahuan dan/atau Kebenaran (jika dikehendaki oleh Undang-undang Privasi yang dikenakan)

Kami perlu Memproses Maklumat Peribadi anda agar kami dapat menyediakan produk dan perkhidmatan kami kepada anda. Jika anda tidak mahu maklumat anda Diproses bagi tujuan yang dibentangkan dalam Dasar Privasi ini, anda mungkin perlu berhenti menggunakan Platform, produk atau perkhidmatan kami atau berinteraksi dengan kami.

Anda boleh memilih untuk tidak berkongsi Maklumat Peribadi anda dengan kami. Walau bagaimanapun, jika anda memilih untuk tidak memberikan Maklumat Peribadi yang diperlukan kepada kami, kami mungkin tidak dapat menyediakan sesetengah atau semua produk atau perkhidmatan kami kepada anda.

Kami juga memerlukan Maklumat Peribadi anda untuk memenuhi kewajipan undang-undang kami. Jika asas undang-undang bagi Pemprosesan Maklumat Peribadi anda adalah untuk memenuhi kewajipan undang-undang kami, kegagalan anda untuk memberikan Maklumat Peribadi tertentu kepada kami mungkin menyebabkan kami dan/atau anda memungkiri kewajipan undang-undang ini.

Kami mungkin berkongsi Maklumat Peribadi anda dalam beberapa cara yang berbeza.

a. Kumpulan SEEK

Kami mungkin berkongsi Maklumat Peribadi anda dengan mana-mana entiti atau perniagaan dalam Kumpulan SEEK bagi tujuan yang dibentangkan dalam Dasar Privasi ini.

b. Pengiklan

Jika anda seorang Calon, anda bersetuju bahawa kami mungkin berkongsi Maklumat Peribadi anda dengan Pengiklan apabila anda memohon pekerjaan menerusi iklan di Platform kami.

Dengan memohon pekerjaan melalui iklan, anda bersetuju bahawa kami mungkin berkongsi maklumat dalam Profil anda dan dalam permohonan tersebut dengan Pengiklan yang relevan dan bahawa maklumat anda mungkin disimpan dalam:

  • Pusat Pengiklan kami bagi pihak Pengiklan;

  • platform kerjaya Pengiklan; atau

  • perisian perekrutan pilihan Pengiklan.

Kami tidak menanggung tanggungjawab terhadap Maklumat Peribadi anda yang disimpan oleh Pengiklan di luar Platform kami, dan tidak dapat memastikan keselamatannya.

Jika anda mempunyai apa-apa soalan mengenai pekerjaan yang diiklankan dengan kami, permohonan pekerjaan anda dan/atau status permohonan pekerjaan anda, soalan tersebut hendaklah ditujukan secara terus kepada Pengiklan.

Bergantung kepada seting keterlihatan pada Profil anda, kami juga mungkin berkongsi Profil anda dengan Pengiklan melalui produk pangkalan data Carian Bakat kami, yang membolehkan Pengiklan melihat Profil Calon (dan apa-apa Maklumat Peribadi yang dimasukkan dalam Profil tersebut) apabila mencari Calon. Sila lihat bahagian 13 untuk maklumat lanjut mengenai seting keterlihatan pada Profil anda dan bila dan di mana maklumat anda boleh diakses oleh Pengiklan.

Apabila membuat permohonan untuk pekerjaan berdasarkan iklan, bahagian-bahagian tertentu dalam Profil anda akan dikongsi dengan Pengiklan. Apabila langkah ini perlu dilakukan, meskipun seting keterlihatan pada Profil yang dipilih oleh anda apabila mewujudkan Profil anda (sama ada Standard, Terhad atau Tersembunyi seperti yang diterangkan dalam bahagian 13), permohonan pekerjaan anda dan bahagian-bahagian tertentu dalam Profil anda (yang mungkin termasuk Data Am, Data Hubungan, Data Latar Belakang, Data Pihak Ketiga dan Data Lokasi anda) akan dikongsi dengan Pengiklan.

Sesetengah Pengiklan juga mungkin menghendaki anda menjawab satu senarai soalan yang dipilih oleh Pengiklan tersebut sebagai sebahagian daripada permohonan pekerjaan anda. Dengan menjawab soalan Pengiklan, anda mengakui bahawa kami akan memberikan jawapan anda kepada Pengiklan tersebut dan mungkin menggunakan jawapan anda untuk dimasukkan ke dalam Profil anda dan membolehkan Pengiklan mencari maklumat tersebut dalam Profil anda apabila mereka menggunakan Carian Bakat.

Kami akan memaklumkan anda apabila Profil anda akan membentuk sebahagian daripada permohonan anda. Kami juga akan menerangkan bahagian-bahagian mana dalam Profil anda yang akan dihantar kepada Pengiklan dengan permohonan anda.

Sila ambil maklum bahawa jika anda memilih untuk berkongsi Profil anda, resume anda atau sebarang maklumat permohonan yang lain dengan Pengiklan, Pengiklan tersebut mungkin dengan sengaja atau tidak sengaja berkongsi maklumat ini dengan pihak lain (termasuk jika anda memohon pekerjaan berdasarkan iklan yang ditempatkan oleh perekrut yang selepas itu berkongsi maklumat anda dengan majikan asal bagi pekerjaan yang diiklankan). Penggunaan atau perkongsian maklumat anda (peribadi atau sebaliknya) oleh Pengiklan tersebut, dan penyimpanan maklumat anda dalam sistem Pengiklan di luar Platform kami, bukan di bawah kawalan kami dan kami tidak dapat menanggung tanggungjawab bagi tingkah laku mereka atau keselamatan sistem mereka. Kami menghendaki Pengiklan mematuhi semua undang-undang yang berkuat kuasa, termasuk kewajipan yang relevan berkaitan dengan penggunaan dan pendedahan Maklumat Peribadi yang dibentangkan dalam Undang-undang Privasi yang dikenakan dan sebarang undang-undang lain yang berkenaan, termasuk undang-undang yang mengawal maklumat kesihatan.

Calon hendaklah menghubungi Pengiklan secara terus untuk meminta akses, atau untuk memadamkan, apa-apa Maklumat Peribadi yang telah diberikan oleh Calon sebagai sebahagian daripada permohonan pekerjaan atau yang telah diberikan kepada Pengiklan melalui Carian Bakat.

c. Pihak ketiga

Penyedia Perkhidmatan dan Rakan Niaga

Kami mungkin berkongsi Maklumat Peribadi anda dengan pihak ketiga, seperti Penyedia Perkhidmatan, kontraktor dan Rakan Niaga kami dari semasa ke semasa tetapi hanya bagi tujuan:

  • membantu kami menyampaikan produk dan perkhidmatan yang kami tawarkan kepada anda;

  • membolehkan anda mengakses produk atau perkhidmatan yang mereka tawarkan; atau

  • menjalankan tinjauan, percubaan dan penyelidikan pelanggan.

Pihak berkuasa kerajaan

Kami mungkin berkongsi Maklumat Peribadi anda dengan pihak berkuasa kerajaan yang relevan, agensi penguatkuasaan undang-undang, badan pengawalseliaan atau pegawai yang kompeten yang mempunyai kuasa undang-undang untuk meminta pendedahan Maklumat Peribadi. Ini merangkum sebarang kewajipan untuk mematuhi perintah mahkamah atau kewajipan undang-undang lain yang ditanggung oleh kami.

Percantuman, pemerolehan atau penstrukturan semula

Jika berlaku sebarang percantuman, pemerolehan atau penstrukturan semula, kami mungkin berkongsi Maklumat Peribadi anda dengan penerima pindahan atau pengganti mana-mana entiti dalam Kumpulan SEEK, atau mana-mana bakal pembeli apa-apa perniagaan atau aset dalam Kumpulan SEEK (bersama-sama dengan penasihatnya yang berkenaan).

d. Pautan kepada laman pihak ketiga

Di sesetengah Platform, kami mungkin menyediakan pautan kepada laman web atau aplikasi mudah alih lain yang tidak dimiliki atau dikawal oleh kami (Laman Web Pihak Ketiga). Kami tidak bertanggungjawab bagi amalan privasi laman web tersebut. Pengguna benar-benar disarankan agar merujuk kepada dasar privasi Laman Web Pihak Ketiga sebelum menggunakannya.

Kami mungkin berkongsi Maklumat Peribadi anda di luar Lokasi Asal anda dalam situasi berikut:

a. dengan SEEK Limited (syarikat induk muktamad Kumpulan SEEK, yang berdaftar di Australia), entiti yang bertanggungjawab menjadi hos dan mengendalikan Platform dan menyimpan Maklumat Peribadi anda, dalam pelayan yang selamat yang terletak di Australia dan Amerika Syarikat;

b. dengan Penyedia Perkhidmatan, Rakan Niaga atau pihak ketiga lain yang menyediakan perkhidmatan kepada kami dari lokasi di luar negara termasuk Australia, New Zealand, Amerika Syarikat, Netherlands, Jerman, Perancis, Ireland, Singapura dan India;

c. jika Maklumat Peribadi anda dikongsi dengan mana-mana entiti atau perniagaan dalam Kumpulan SEEK bagi tujuan yang dibentangkan dalam Dasar Privasi ini;

d. jika Maklumat Peribadi anda dikongsi dengan Pengiklan yang berada di luar Lokasi Asal anda. Pengiklan yang berada di luar negara mungkin mempunyai akses kepada Maklumat Peribadi anda melalui permohonan pekerjaan dan/atau melalui akses kepada Profil anda menerusi Carian Bakat. Pengiklan dapat melihat Maklumat Peribadi anda apabila mencari Calon di Lokasi Asal anda atau lokasi pilihan anda. Sila lihat bahagian 13 untuk maklumat lanjut mengenai seting keterlihatan pada Profil anda dan bilakah maklumat anda boleh diakses oleh Pengiklan; dan

e. jika kami menganggapnya perlu, demi mematuhi sebarang kewajipan undang-undang atau pengawalseliaan.

Kami mengambil langkah yang munasabah untuk memastikan keselamatan sistem kami dan untuk melindungi Maklumat Peribadi anda daripada penyalahgunaan, gangguan dan kehilangan serta akses, modifikasi atau pendedahan tanpa kebenaran. Apa-apa Maklumat Peribadi yang dipegang oleh kami disimpan dalam pelayan yang selamat dan dilindungi dalam kemudahan terkawal.

Kami mematuhi piawaian yang diterima dalam industri untuk melindungi Maklumat Peribadi anda. Walau bagaimanapun, sebarang kaedah penghantaran melalui internet, atau kaedah penyimpanan elektronik, tidak dapat dijamin akan sentiasa selamat. Pihak ketiga yang menerima perkongsian Maklumat Peribadi anda daripada kami (termasuk Pengiklan) diminta oleh kami agar mematuhi semua kewajipan yang relevan berkaitan dengan penggunaan dan pendedahan Maklumat Peribadi yang ditetapkan dalam Undang-undang Privasi yang dikenakan dan mana-mana undang-undang lain yang relevan. Jika anda diminta oleh pihak ketiga untuk memberikan maklumat anda secara terus kepada mereka (contohnya, jika anda memohon pekerjaan melalui platform kerjaya Pengiklan), pemggunaan maklumat anda oleh pihak ketiga ini akan dikawal oleh dasar privasi mereka sendiri dan bukan di bawah tanggungjawab kami atau dalam kawalan kami.

Anda juga boleh memainkan peranan yang penting untuk memastikan Maklumat Peribadi anda disimpan dengan selamat, dengan merahsiakan apa-apa kata laluan dan akaun yang digunakan di Platform. Sila maklumkan kepada kami dengan serta-merta jika anda mendapat tahu bahawa akaun anda digunakan tanpa kebenaran atau jika berlaku pelanggaran terhadap keselamatan akaun anda.

a. Alamat IP

Pelayan web kami mengumpul alamat Internet Protocol (IP) anda untuk membantu mendiagnosis masalah atau isu sokongan dengan perkhidmatan kami, dan untuk memantau penggunaan Platform kami, termasuk memantau lokasi Pengguna kami.

b. Cookies

Kami menggunakan Cookies untuk menyediakan pengalaman pelayaran yang lebih mantap kepada Pengguna. Cookies mengumpul butir-butir seperti pilihan dan aktiviti klik yang dapat diukur dan ciri-ciri seperti mengingati butir-butir anda untuk ‘Auto Login’ (dengan syarat anda memilih pilihan ini) dan mengingati kriteria carian anda bagi fungsi ‘My Last Search’. Kami menggunakan maklumat ini untuk beberapa tujuan, termasuk untuk menyesuaikan dan mempertingkatkan pengalaman anda apabila menggunakan perkhidmatan kami (contohnya dengan mengingati butir-butir anda jika anda memilih pilihan ‘Auto Login’ pada salah satu aplikasi kami), untuk memperkukuhkan prestasi laman web, untuk menganalisis, membangunkan dan menguji perkhidmatan dan kefungsian baharu kami, untuk membuat keputusan perniagaan, membantu pelaporan ralat, memudahkan pembayaran dalam talian, dan melaporkan kepada pengiklan dan Rakan Niaga kami tentang keputusan yang dicatat melalui perkhidmatan kami.

Maklumat ini mungkin diterima daripada atau dikongsi dengan mana-mana entiti dalam Kumpulan SEEK dan Penyedia Perkhidmatan dan Rakan Niaga kami. Langkah ini dilakukan bagi tujuan menyediakan produk dan perkhidmatan yang diperbaik kepada anda.

Kami juga menggunakan Cookies untuk menyesuaikan iklan paparan daripada mana-mana entiti dalam Kumpulan SEEK, Rakan Niaga dan Pengiklan kami yang kelihatan di Platform kami, Platform Berkaitan atau laman web dan aplikasi pihak ketiga lain (Lokasi Pengiklanan) berdasarkan minat, tindakan dan perilaku anda di mana-mana Lokasi Pengiklanan tersebut (yang boleh dikumpul melalui penggunaan Cookies di Lokasi Pengiklanan tersebut), Profil anda dan/atau maklumat yang disediakan sebagai pengguna di Lokasi Pengiklanan. Iklan paparan mungkin disasarkan khusus kepada Calon, Pengiklan, atau jenis pelawat yang lain ke Lokasi Pengiklanan tersebut.

Rakan Niaga dan Penyedia Perkhidmatan kami mungkin menempatkan Cookies di sesetengah halaman yang dilawati oleh Pengguna di Platform. Cookies ini dicipta khusus untuk mengumpul maklumat bukan peribadi untuk menganalisis minat dan carian Pengguna di Platform kami agar dapat membantu menyampaikan iklan paparan yang lebih relevan apabila Pengguna melawat Platform kami dan laman web lain. Maklumat bukan peribadi yang dikumpul oleh Cookies ini boleh dikongsi dengan pihak ketiga lain bagi tujuan menguruskan dan mensasarkan iklan paparan dan bagi tujuan analisis penyelidikan pasaran.

Anda boleh membataskan penggunaan maklumat anda bagi tujuan pengiklanan paparan tersasar dengan mengemaskinikan seting pelayar anda agar menyekat Cookies atau dengan mengemaskinikan seting pengiklanan paparan dalam seting sistem pada peranti mudah alih anda.

Jika anda tidak mahu mengaktifkan Cookies apabila anda melayari Platform kami, anda boleh “opt out” dengan memodifikasi pilihan privasi dalam pelayar anda. Namun, jika anda berbuat demikian, ini akan menyekat akses kepada sesetengah bahagian Platform dan akan membataskan penggunaan sesetengah produk dan perkhidmatan kami.

c. Aplikasi kami

Di samping perkara di atas, jika Pengguna mengakses aplikasi mudah alih kami (Aplikasi Kami), kami menggunakan kit pembangunan perisian (SDK) dan perkhidmatan pihak ketiga yang mengumpul maklumat berkenaan dengan penggunaan Aplikasi kami oleh anda, termasuk menjejak pemasangan aplikasi dan interaksi ulangan (‘re-engagement’). Maklumat ini digunakan untuk menyesuaikan dan mengukur iklan paparan untuk memasang dan/atau menggunakan Aplikasi kami yang kelihatan di laman/aplikasi pihak ketiga dan ditumpukan kepada pilihan penggunaan Pengguna.

Jika anda tidak mahu terlibat dalam pengumpulan dan penggunaan maklumat bagi sasaran iklan paparan, anda boleh berbuat demikian dengan menyahaktifkan kebenaran penjejakan bagi aplikasi (Settings > Privacy > Tracking) pada peranti iOS versi 14.5+ anda, dengan mengaktifkan “Limit Ad Tracking” (Settings > Privacy > Tracking) pada peranti iOS anda yang terdahulu daripada versi 14.5 atau dengan mengaktifkan pilihan “Opting out of interest- based ads” (Settings > Privacy > Tracking) pada peranti Android anda.

d. Ukuran Pihak Ketiga

Agar kami dapat memahami Pengguna kami dengan lebih mendalam, kami menggunakan Penyedia Perkhidmatan pihak ketiga untuk mengukur dan mengakses trafik di Platform kami. Cookies digunakan untuk mengumpul maklumat berikut mengenai penggunaan Platform kami:

  • Bilangan paparan halaman (‘page views’) (atau ‘page impressions’) yang dicatat di Platform;

  • Bilangan pelawat unik ke Platform;

  • Tempoh masa yang dihabiskan oleh pelawat unik ini (secara purata) di Platform sepanjang lawatan mereka; dan

  • Titik masuk dan keluar yang sama ke dalam Platform.

Untuk Pengguna Tak Berdaftar di Platform kami, maklumat yang diagregat ini dikumpul semak dan diberikan kepada kami untuk membantu menganalisis penggunaan Platform kami. Untuk Pengguna Berdaftar, maklumat ini dihubungkan merentas sesi yang berbeza pada pelbagai peranti ke Platform kami agar dapat mencatat jumlah penuh yang lebih tepat mengenai bilangan pengguna sebelum diagregat. Data ini juga boleh diakses oleh organisasi media dan syarikat penyelidikan, bagi tujuan melaksanakan perbandingan industri dengan organisasi lain.

Kami menyimpan Maklumat Peribadi anda selama mana yang perlu untuk mencapai tujuan pengumpulan dan penyimpanannya, seperti yang dibentangkan dalam Dasar Privasi ini atau sehingga suatu masa apabila anda meminta kami memadamkan Maklumat Peribadi anda, dan selepas itu kami akan mengambil langkah munasabah untuk memadamkan Maklumat Peribadi anda (jika dikehendaki di bawah Undang-undang Privasi yang dikenakan).

Jika anda membuat permohonan untuk pekerjaan berdasarkan iklan di Platform kami dan oleh itu memberikan Maklumat Peribadi anda kepada Pengiklan, anda perlu menghubungi Pengiklan tersebut secara terus untuk meminta agar maklumat anda dipadamkan daripada sistem Pengiklan.

Kami mungkin menyimpan Maklumat Peribadi anda meskipun anda telah meminta agar Maklumat Peribadi anda dipadamkan, jika penyimpanan diperlukan secara munasabah untuk kami mematuhi kepentingan sah kami, untuk memenuhi kewajipan undang-undang dan pengawalseliaan, untuk menyelesaikan pertikaian antara Pengguna, untuk mencegah dan menangani sebarang penipuan dan/atau penyalahgunaan, untuk menyimpannya dalam sistem ujian atau sandaran (bagi suatu tempoh masa) atau untuk menguatkuasakan Dasar Privasi ini dan/atau apa-apa Terma dan Syarat kami yang lain. Jika maklumat disimpan dalam persekitaran pengujian, maklumat ini disimpan dalam persekitaran yang tertutup dan selamat dan maklumat hanya akan digunakan bagi tujuan pengujian perisian dalaman. Maklumat yang disimpan dalam sistem sandaran hanya dipegang bagi tujuan memulihkan sistem sekiranya berlaku kehilangan data.

a. Am

Anda hanya boleh membuat permintaan tertentu berkaitan dengan Maklumat Peribadi yang disimpan oleh kami mengenai anda. Sesetengah permintaan ini hanya boleh dibuat dalam keadaan tertentu, yang dihuraikan di bawah.

  • Akses: Anda berhak memastikan sama ada kami menyimpan Maklumat Peribadi tentang anda dan meminta akses kepada Maklumat Peribadi tersebut. Untuk Calon, anda boleh mengakses maklumat anda pada bila-bila masa dengan log masuk ke dalam akaun anda dan mengakses bahagian ‘Settings’ dan halaman Profil anda. Untuk Pengiklan, anda boleh mengakses maklumat anda pada bila- bila masa dengan log masuk ke dalam akaun anda dan mengakses bahagian ‘Account Details’. Secara alternatif, mana-mana Pengguna boleh mendapatkan akses kepada Maklumat Peribadi mereka dengan menghubungi kami.

  • Pembetulan: Anda berhak membetulkan sebarang Maklumat Peribadi yang disimpan mengenai anda yang tidak tepat atau tidak lengkap. Jika anda seorang Calon (tidak termasuk mereka yang hanya melanggan ‘Job Alerts’ dan tidak mempunyai Profil), anda boleh mengubah atau mengemaskinikan Profil anda pada bila-bila masa dengan log masuk ke dalam akaun anda dan mengakses bahagian ‘Profile’ atau menyelaraskan seting anda dalam bahagian ‘Settings’. Untuk Pengiklan, anda boleh mengakses maklumat anda pada bila-bila masa dengan log masuk ke dalam akaun anda dan mengakses bahagian ‘Account Details’. Secara alternatif, mana-mana Pengguna boleh membetulkan atau mengemaskinikan Maklumat Peribadi mereka dengan menghubungi kami.

  • Pemadaman: Untuk Calon, anda boleh meminta agar kami memadamkan Maklumat Peribadi anda yang disimpan oleh kami dalam akaun anda dengan log masuk ke dalam akaun anda dan mengakses bahagian ‘Settings’ atau dengan memilih untuk memadamkan Maklumat Peribadi yang boleh diakses di halaman Profil anda. Secara alternatif, mana-mana Pengguna boleh menghubungi kami untuk meminta agar kami membataskan Pemprosesan atau memadamkan Maklumat Peribadi mereka, atau untuk menarik balik kebenaran mereka untuk kami Memproses Maklumat Peribadi mereka.

Apabila anda menghubungi kami secara terus dan membuat permintaan di dalam bahagian ini, kami mungkin akan meminta anda memberikan maklumat untuk menentusahkan identiti anda sebelum meneruskan permintaan. Bergantung kepada keadaan dan keperluan di bawah Undang-undang Privasi yang dikenakan, kami mungkin tidak dapat memenuhi permintaan tertentu daripada anda. Kami akan menghubungi anda jika kami tidak dapat memenuhi permintaan tertentu.

Anda juga boleh menghubungi kami untuk melaksanakan apa-apa hak Maklumat Peribadi tambahan yang mungkin tersedia kepada anda di bawah Undang-undang Privasi yang dikenakan. Kami akan membalas permintaan anda secepat yang munasabah, dan selaras dengan Undang-undang Privasi yang dikenakan.

Anda bertanggungjawab untuk memberikan maklumat yang tepat, lengkap dan terkini kepada kami mengenai anda dan mana-mana orang lain yang Maklumat Peribadi mereka telah diberikan oleh anda kepada kami, dan untuk mengemaskinikan Maklumat Peribadi ini bila dan apabila maklumat tersebut menjadi tidak tepat atau ketinggalan zaman. Untuk Calon, kami berhak untuk menyahaktifkan dan/atau memadamkan Profil anda atau maklumat tertentu yang dimasukkan dalam Profil anda (termasuk resume atau surat iringan yang disimpan) menurut budi bicara tunggal kami. Kami boleh mengambil langkah sedemikian jika, misalnya, maklumat didapati atau dipercayai tidak benar atau disimpan bagi tujuan tidak wajar.

b. Berhenti Menerima / Berhenti Melanggan

Anda boleh memilih untuk berhenti menerima komunikasi daripada kami, seperti yang dihuraikan di bawah.

  • untuk maklumat kemas kini mengenai permohonan pekerjaan dan pemberitahuan mengenai peluang pekerjaan baharu, anda boleh mengemaskinikan pilihan anda dalam bahagian ‘Settings’ di Platform (tidak tersedia kepada Pengiklan);

  • bagi penerimaan mesej pemasaran dan promosi daripada kami, anda boleh menekan ‘unsubscribe’ di bahagian bawah mana-mana e-mel pemasaran atau promosi, yang akan memautkan anda kepada ‘Preference Centre’ di mana anda boleh mengemaskinikan pilihan e-mel anda, atau dengan membalas ‘stop’ kepada SMS yang anda terima daripada kami; atau

  • anda boleh menghubungi kami melalui butir-butir hubungan yang dibentangkan dalam bahagian 15.

Untuk maklumat lanjut mengenai bagaimana untuk berhenti melanggan e-mel dan pemberitahuan kami termasuk langganan ‘Job Alerts’, sila lawati Pusat Bantuan kami.

Kami akan dengan secepat yang munasabah mematuhi apa-apa permintaan untuk berhenti melanggan, dan selaras dengan Undang-undang Privasi yang dikenakan.

c. Profil Calon

  • Seting Keterlihatan

Pada masa pendaftaran, semua Calon diminta mewujudkan satu Profil peribadi dengan memberikan maklumat peribadi tertentu dan memilih salah satu seting keterlihatan - ‘standard’, ‘terhad atau ‘tersembunyi’ – seperti yang diterangkan di bawah. Calon tanpa Profil juga dikehendaki mewujudkan Profil apabila mereka mula-mula memohon pekerjaan di Platform kami.

Suatu Profil mungkin merangkumi satu resume, sejarah pekerjaan dan pendidikan, butir- butir hubungan, jangkaan gaji, klasifikasi pekerjaan pilihan, lesen, sijil, kemahiran, bahasa, ringkasan peribadi, lokasi dan Isyarat Mudah Dihubungi.

Dalam bahagian “About your next role” di halaman Profil anda:

A. Anda boleh mengaktifkan dan menyahaktifkan Isyarat Mudah Dihubungi anda. Anda hanya boleh mengaktifkan Isyarat Mudah Dihubungi anda apabila seting keterlihatan pada Profil anda ditetapkan pada ‘standard’ atau ‘terhad (lihat di bawah untuk butir-butir lanjut); dan

B. Anda boleh memilih lokasi pilihan bagi pekerjaan anda yang seterusnya. Jika anda membuat permohonan pekerjaan berdasarkan iklan di mana lokasi pekerjaan tidak disenaraikan dalam lokasi pilihan anda, lokasi baharu tersebut akan ditambah secara automatik ke dalam senarai lokasi pilihan anda.

Pengiklan boleh menggunakan Carian Bakat untuk mencari Profil Calon dan menghubungi Calon yang relevan. Pengiklan ini mungkin berada di luar Lokasi Asal anda. Namun, seseorang Calon hanya dapat dilihat oleh Pengiklan apabila Pengiklan mencari Calon di lokasi yang disenaraikan oleh Calon tersebut sebagai lokasi pilihan (termasuk Lokasi Asal) dan sebarang lokasi yang dimasukkan oleh Calon dalam resume dan disimpan di halaman Profil mereka.

Pengiklan boleh menggunakan Carian Bakat untuk mencari dan menghubungi Calon berpotensi, dan Calon boleh memutuskan sejauh mana mereka ingin berkongsi Profil mereka dengan Pengiklan dengan memilih salah satu seting keterlihatan yang dibentangkan dalam jadual di bawah. Meskipun seting keterlihatan yang dipilih oleh anda apabila mewujudkan Profil anda, dengan memohon pekerjaan berdasarkan iklan, permohonan anda dan juga bahagian-bahagian dalam Profil anda akan dikongsi dengan Pengiklan yang relevan. Calon boleh meminda Profil mereka sebelum memohon (lihat bahagian 8(b) Dasar Privasi ini).

Standard

Terhad

Tersembunyi

Jika anda memilih seting keterlihatan “Standard” untuk Profil anda, maka:

  • Profil anda boleh dilihat oleh Pengiklan dengan menggunakan Carian Bakat;

  • kami boleh menghuraikan maklumat daripada resume anda lalu memasukkannya ke dalam Profil anda, dan previu bagi resume anda boleh dilihat oleh Pengiklan dengan menggunakan Carian Bakat;

  • jika Pengiklan ingin membeli akses kepada Profil anda, Profil lengkap anda termasuk butir-butir hubungan dan resume anda yang dimuat naik akan diberikan kepada Pengiklan yang berkenaan; dan

  • Pengiklan boleh sama ada menghubungi anda melalui butir-butir yang terkandung dalam resume anda atau melalui Cara Hubungan Carian Bakat.

Jika anda memilih seting keterlihatan “Terhad” untuk Profil anda, maka:

  • Profil anda boleh diilihat oleh Pengiklan dengan menggunakan Carian Bakat (tetapi Pengiklan tidak boleh melihat atau membeli resume dan butir-butir hubungan anda); dan

  • Pengiklan tidak boleh melihat butir-butir hubungan anda yang terkandung dalam resume anda tetapi boleh menghubungi anda melalui Cara Hubungan Carian Bakat kami.

Jika anda memilih seting keterlihatan “Tersembunyi” untuk Profil anda, maka:

  • Profil anda adalah benar-benar tersembunyi lalu menghalang Pengiklan daripada melihat Profil anda melalui Carian Bakat; dan

  • Pengiklan tidak boleh menghubungi anda.

Calon boleh memodifikasi seting keterlihatan pada Profil mereka pada bila-bila masa, dengan log masuk ke dalam akaun mereka dan mengakses bahagian ‘Profile visibility’ di dalam halaman Profil.

Untuk memadamkan Profil anda, anda perlu memadamkan keseluruhan akaun anda dengan kami menurut bahagian 13 Dasar Privasi ini.

  • Berkongsi Profil anda

Anda boleh berkongsi versi ringkas Profil anda melalui pautan yang boleh dikongsi (Profil Dikongsi). Apabila anda telah log masuk ke dalam Profil anda, Calon boleh memilih untuk berkongsi Profil Dikongsi mereka dengan menjana pautan yang boleh dikongsi, kemudian menyalin dan berkongsi pautan yang boleh dikongsi tersebut di Profil mereka.

Profil Dikongsi anda akan mencakupi nama, ringkasan peribadi, sejarah kerjaya, pendidikan, kemahiran dan bahasa, lesen dan sijil anda (dan sebarang kelayakan yang ditentusahkan dengan Certsy).

Dengan berkongsi pautan kepada Profil Dikongsi anda, anda mengakui bahawa sesiapa yang menerima pautan kepada Profil Dikongsi anda:

A. dapat melihat maklumat daripada Profil anda yang disenaraikan di atas; dan

B. dapat berkongsi semula dan menggunakan semula pautan tersebut.

Anda boleh MENYAHAKTIFKAN keupayaan orang lain untuk mengakses Profil Dikongsi anda dalam seting keterlihatan pada Profil anda pada bila-bila masa. Apabila perkongsian Profil anda DIAKTIFKAN, mereka yang mempunyai pautan kepada Profil Dikongsi anda terus dapat melihat dan berkongsi maklumat tentang anda seperti yang dibentangkan di atas. Sesiapa jua yang mempunyai pautan anda dapat melihat Profil Dikongsi anda. Walau bagaimanapun, Profil Dikongsi anda sebaliknya tidak boleh dicari oleh orang ramai.

Apabila anda berkongsi Profil Dikongsi anda, anda tidak akan berkongsi:

A. Maklumat hubungan anda, seperti e-mel, nombor telefon dan lokasi kediaman.

B. Maklumat‘ About your next role’, seperti kertersediaan, status hak untuk bekerja dan status mudah dihubungi anda; jenis kerja pilihan, lokasi, klasifikasi dan jangkaan gaji anda; dan resume anda.

Profil Dikongsi anda adalah dokumen masa nyata. Jika anda mengubah Profil anda, perubahan ini akan dicerminkan pada Profil Dikongsi anda secara masa nyata. Untuk maklumat lanjut berkaitan dengan Profil Dikongsi anda, sila lawati Pusat Bantuan kami.

Kami boleh memodifikasi Dasar Privasi ini pada bila-bila masa. Anda hendaklah menyemak Dasar Privasi ini secara berkala untuk memperolehi maklumat kemas kini mengenai apa- apa perubahan. Dalam keadaan tertentu, bergantung kepada sifat perubahan, anda akan dimaklumkan mengenai perubahan pada Dasar Privasi ini sebelum perubahan tersebut berkuat kuasa, jika kami dikehendaki berbuat demikian di bawah Undang-undang Privasi yang dikenakan.

Jika anda terus menggunakan Platform, produk atau perkhidmatan kami, ini bererti bahawa anda menyetujui apa-apa modifikasi yang dibuat pada Dasar Privasi ini.

Jika anda mempunyai apa-apa soalan atau aduan mengenai Dasar Privasi ini atau anda ingin menghubungi kami berkenaan dengan penggunaan atau pengendalian Maklumat Peribadi anda oleh kami, anda boleh berbuat demikian dengan menghubungi kami melalui saluran di bawah. Anda juga boleh menghubungi kami dan meminta sesalinan Dasar Privasi ini dalam bentuk salinan cetak atau dalam format lain yang bersesuaian dengan keperluan khusus anda.

Apa-apa aduan privasi yang diterima oleh kami akan dirujuk untuk penyiasatan segera dan satu balasan akan diberikan kepada anda secepat mungkin. Jika anda masih tidak berpuas hati dengan penyelesaian apa-apa aduan yang dibuat, anda boleh meminta tebus rugi lanjut melalui pengawal selia perlindungan data di negara anda.

SEEK Limited

E-mel: [email protected] ⁠Telefon: 1300 658 700 Pos: User Help Desk SEEK Limited ⁠60 Cremorne Street, Cremorne VIC 3121 Australia

SEEK NZ

E-mel: [email protected] Telefon: 0508 733 569 Pos: Customer Service SEEK (NZ) Limited ⁠PO Box 9184 Newmarket, Auckland, New Zealand

JobStreet Malaysia

Pegawai Perlindungan Data JobStreet Malaysia E-mel: [email protected] Telefon: +60-3-2778-9511 Pos: Agensi Pekerjaan JobStreet.com Sdn Bhd Level 16, Menara AIA Cap Square, ⁠No. 10, Jalan Munshi Abdullah, 50100 Kuala Lumpur, Malaysia.

JobStreet Indonesia

E-mel: [email protected] Telefon: 021-8082 5888 Pos: PT JobStreet Indonesia Prudential Tower, 15th Floor Jl. Jend Sudirman Kav. 79 Jakarta 12910, Indonesia

JobStreet Singapore

Pegawai Perlindungan Data JobStreet Singapore E-mel: [email protected] Telefon: +65-6538 0060 Pos: JobStreet.com Pte Ltd ⁠1 Wallich Street #24-03, Guoco Tower Singapore 078881

JobStreet Philippines

Pegawai Perlindungan Data JobStreet Philippines E-mel: [email protected] Telefon: +632 8286-6222 Pos: JobStreet.com Philippines, Inc. 23rd Floor, Alliance Global Tower, 36th Street Corner 11th Avenue, Uptown Bonifacio, Taguig City 1634

JobsDB Thailand

Pegawai Perlindungan Data JobsDB Thailand E-mel: [email protected] and [email protected] Telefon: +66 2 667 0700 Pos: JobsDB Recruitment (Thailand) Ltd. 127 Gaysorn Tower, Unit A, E, 14th Floor Ratchadamri Road, Lumpini, Pathumwan Bangkok 103330

JobsDB Hong Kong

E-mel: [email protected] Telefon: +852 2332 8832 Pos: JobsDB Hong Kong Limited Customer Support Executive, Customer Service Department 37th Floor, PCCW Tower ⁠Taikoo Place, 979 King’s Road Quarry Bay, Hong Kong

EEA atau UK

Wakil Eropah MCF Legal Technology Solutions Limited Riverside One Sir John Rogerson’s Quay Dublin 2, Ireland E-mel: [email protected] ⁠Wakil UK MCF Legal Technology Solutions (UK) Limited Tower 42 Level 38C, 25 Old Broad St, Cornhill, London EC2N 1HQ, United Kingdom E-mel: [email protected]

Dasar Privasi ini mungkin akan diterjemahkan ke dalam bahasa tempatan di rantau yang berkenaan. Jika berlaku percanggahan antara Dasar Privasi ini dalam versi Bahasa Inggeris dan versi tempatan, versi Bahasa Inggeris akan mengatasi yang lain. Versi tempatan akan dianggap dipinda secara automatik agar patuh dan konsisten dengan versi Bahasa Inggeris.

Istilah

Definisi

Pengiklan

Seorang individu atau satu entiti (termasuk majikan dan perekrut) yang menempatkan iklan pekerjaan di Platform kami atau menggunakan produk atau perkhidmatan lain untuk mencari Calon yang berpotensi untuk mengisi kekosongan jawatan.

Pusat Pengiklan

Satu kemudahan terpusat yang dikendalikan oleh kami di Platform kami yang digunakan oleh Pengiklan untuk menempatkan iklan pekerjaan mereka, menjejak dan menguruskan Calon, dan menyemak permohonan pekerjaan.

Lokasi Pengiklanan

Membawa maksud yang diberikan kepadanya dalam bahagian 11 Dasar Privasi ini.

Isyarat Mudah Dihubungi

Membawa maksud yang diberikan kepadanya dalam bahagian 6(a) Dasar Privasi ini.

Calon

Seseorang individu yang menggunakan Platform kami bagi tujuan mencari pekerjaan dan/atau membalas iklan pekerjaan yang ditempatkan di Platform kami.

Certsy

Certsy Pty Ltd, sebuah anak syarikat milik penuh SEEK Limited.

Cookies

Cookies, tag, aplet, skrip dan teknologi lain yang serupa.

Entiti Yang Ditetapkan

a. Untuk Pengguna JobStreet di Filipina, JobStreet.com Philippines. Inc.

b. Untuk Pengguna JobStreet di Indonesia, PT JobStreet Indonesia.

c. Untuk Pengguna JobStreet di Malaysia, Agensi Pekerjaan JobStreet.com Sdn. Bhd.

d. Untuk Pengguna JobStreet di Singapura, JobStreet.com Pte. Ltd.

e. Untuk Pengguna JobsDB di Hong Kong, JobsDB Hong Kong Limited.

f. Untuk Pengguna JobsDB di Thailand, Jobs DB Recruitment (Thailand) Limited.

EEA

Kawasan Ekonomi Eropah.

GDPR

Peraturan Perlindungan Data Em Eropah, Peraturan (EU) 2016/679.

Lokasi Asal

Tempat kediaman utama anda (jika anda seorang Calon, tempat kediaman utama anda sebagaimana yang dipilih dalam Profil anda).

‘Job Alerts’

‘SEEK Job Alerts’, ‘JobStreet Job Alerts’, atau ‘JobsDB Job Alerts’ (yang mana berkenaan) yang mana ‘Job Alerts’ adalah pemberitahuan melalui e-mel tentang iklan pekerjaan yang akan diterima oleh Calon berdasarkan carian yang disimpan oleh Calon.

Pengguna JobsDB

a. Semua Pengguna (tidak termasuk Pengiklan) yang menggunakan Platform berjenama JobsDB by SEEK atau sebaliknya berinteraksi dengan kami di bawah jenama JobsDB melalui mana-mana saluran di luar Platform JobsDB by SEEK; dan

b. Pengiklan yang memperolehi produk dan/atau perkhidmatan daripada:

  • JobsDB Hong Kong Limited; atau

  • Jobs DB Recruitment (Thailand) Limited.

Pengguna JobStreet

a. Semua Pengguna (tidak termasuk Pengiklan) yang menggunakan Platform berjenama JobSreet by SEEK atau sebaliknya berinteraksi dengan kami di bawah jenama JobStreet melalui mana-mana saluran di luar Platform JobStreet by SEEK; dan

b. Pengiklan yang memperolehi produk dan/atau perkhidmatan daripada:

  • JobStreet.com Philippines. Inc;

  • PT JobStreet Indonesia;

  • Agensi Pekerjaan JobStreet.com Sdn. Bhd; atau

  • JobStreet.com Pte. Ltd.

Akaun Berpaut

Log masuk Google, Facebook atau Apple ID.

Aplikasi Kami

Membawa maksud yang diberikan kepadanya dalam bahagian 11(c) Dasar Privasi ini.

Kebenaran Ibu Bapa

Membawa maksud yang diberikan kepadanya dalam bahagian 3(c) Dasar Privasi ini.

Rakan Niaga

Pihak ketiga yang bekerjasama dengan kami untuk menyediakan perkhidmatan kepada kami atau Pengguna kami, contohnya, rakan pemasaran yang bekerjasama dengan kami untuk mengiklankan dan memasarkan produk dan perkhidmatan kami, penyedia perisian perekrutan yang berintegrasi dengan kami untuk menyediakan perkhidmatan kami kepada Pengiklan atau rakan niaga strategik yang bekerjasama dengan kami untuk menyediakan perkhidmatan sampingan.

Undang-undang PDP

Undang-undang Indonesia No. 27 tahun 2022 mengenai Perlindungan Data Peribadi.

Maklumat Peribadi

Maklumat (termasuk Maklumat Sensitif) yang mengenal pasti atau boleh secara munasabah mengenal pasti seseorang individu, termasuk fakta dan pendapat, sama ada benar atau tidak.

Dalam bidang kuasa tertentu, istilah “Data Peribadi” digunakan di bawah Undang-undang Privasi yang dikenakan, yang bermaksud apa-apa maklumat berkaitan dengan individu yang dikenal pasti, atau individu yang boleh dikenal pasti secara langsung atau tidak langsung. Rujukan kepada Maklumat Peribadi dalam Dasar Privasi ini termasuk rujukan kepada Data Peribadi, jika relevan.

Data Peribadi

Lihat definisi Maklumat Peribadi.

Platform

Termasuk laman web dalam talian, laman web mudah alih, aplikasi, produk, perkhidmatan, ciri-ciri dan perisian kami.

Undang-undang Privasi

Undang-undang privasi dan perlindungan data yang relevan yang mungkin berkuat kuasa dari semasa ke semasa dalam bidang kuasa tertentu yang mengawal selia pengumpulan, penggunaan, pendedahan, penyimpanan dan pemberian hak akses kepada Maklumat Peribadi.

Proses, Pemprosesan atau Diproses

Pengumpulan, penggunaan, pendedahan, pemindahan, penyimpanan atau pemprosesan lain terhadap Maklumat Peribadi.

Profil

Profil peribadi yang diwujudkan di Platform kami oleh seseorang Calon, yang mengandungi Maklumat Peribadi Calon tersebut. Untuk maklumat lanjut mengenai Profil, sila lawati Pusat Bantuan kami.

Pengguna Berdaftar

Pengguna yang mendaftarkan butir-butir mereka dengan kami melalui Platform kami untuk memperolehi atau menerima akses kepada produk dan/atau perkhidmatan kami.

Orang Berkaitan

Orang atau orang-orang yang berkaitan dengan Pengguna Berdaftar seperti penyokong (‘referees’) dan hubungan kecemasan.

Platform Berkaitan

Membawa maksud yang diberikan kepadanya dalam bahagian 5(d) Dasar Privasi ini.

SEEK, kami

Apa-apa rujukan kepada “SEEK”, dan “kami” termasuk rujukan kepada mana-mana perniagaan kami yang beroperasi di bawah jenama berikut:

a. SEEK di Australia dan New Zealand;

b. JobStreet by SEEK (tidak termasuk JobStreet Express) di Malaysia, Singapura, Indonesia dan Filipina; dan

c. JobsDB by SEEK di Thailand dan Hong Kong.

Kumpulan SEEK

SEEK Limited dan setiap pertubuhan perbadanan yang berkaitan dengan SEEK Limited (sebagaimana istilah tersebut ditakrifkan dalam Australian Corporations Act 2001 (Cth)).

Pengguna SEEK

a. Semua Pengguna (tidak termasuk Pengiklan) yang menggunakan Platform berjenama SEEK atau sebaliknya berinteraksi dengan kami di bawah jenama SEEK melalui apa- apa saluran di luar Platform SEEK; dan

b. Pengiklan yang memperolehi produk dan/atau perkhidmatan daripada:

  • SEEK Limited; atau

  • SEEK (NZ) Limited.

Maklumat Sensitif

Kategori tertentu Maklumat Peribadi seperti yang ditakrifkan di bawah Undang-undang Privasi yang dikenakan (contohnya, melalui Undang-undang PDP Indonesia, diakui sebagai Data Peribadi Khusus) yang mungkin termasuk maklumat atau pendapat mengenai asal usul bangsa atau etnik individu, pendapat atau hubungan politik, kepercayaan agama, keahlian atau hubungan kesatuan sekerja, orientasi seksual, rekod jenayah termasuk sebarang prosiding bagi sebarang kesalahan yang dilakukan atau didakwa telah dilakukan oleh individu tersebut (termasuk pelupusan atau keputusan prosiding tersebut), maklumat kesihatan dan genetik, atau pengenalan yang dikeluarkan oleh Kerajaan, dengan syarat maklumat atau pendapat tersebut sebaliknya memenuhi definisi Maklumat Peribadi.

Penyedia Perkhidmatan

Pihak ketiga yang membantu kami menyediakan produk dan perkhidmatan kami kepada anda. Contohnya, penyedia perkhidmatan analisis; penyedia perkhidmatan sistem awan; penyedia perkhidmatan penyimpanan; penyedia perkhidmatan teknologi maklumat; penyedia perkhidmatan pemasaran dan pengiklanan; penyedia penyelidikan pasaran; penyedia perkhidmatan perakuaunan, audit, undang-undang dan kepatuhan, dan penasihat profesional lain; penyedia perkhidmatan yang menyediakan perkhidmatan pengurusan acara, penyedia perkhidmatan pembayaran elektronik, dan semua vendor lain.

Profil Dikongsi

Ciri yang membolehkan Calon berkongsi versi ringkas profil mereka melalui pautan yang boleh dikongsi.

Carian Bakat

Pangkalan data bakat kami yang membolehkan Pengiklan mencari, memperhalusi dan menghubungi Calon yang menyimpan Profil dan menetapkan seting keterlihatan pada Profil mereka untuk membolehkan Profil mereka dicari oleh Pengiklan.

Cara Hubungan Carian Bakat

Cara bagaimana Pengiklan, dengan menggunakan Carian Bakat, boleh menghubungi Calon dengan menghantar kepada Calon sesalinan peluang pekerjaan yang ingin diisi oleh Pengiklan (dengan menggunakan fungsi “send job”) atau dengan menghantar kepada Calon satu e-mel yang khusus mengenai peluang pekerjaan (dengan menggunakan fungsi “message”).

Terma-terma dan Syarat-syarat

Apa-apa terma penggunaan, terma dan syarat dan/atau terma lain yang dipersetujui (yang mungkin dipinda dari semasa ke semasa) yang telah dipersetujui oleh anda apabila anda memperolehi produk dan perkhidmatan kami. Ini mungkin termasuk (tetapi tidak terhad kepada) Terma-terma Penggunaan Pengiklanan kami (termasuk apa-apa Perjanjian Pengiklanan yang dimasuki oleh anda dengan kami); Terma-terma Produk; Terma-terma dan Syarat-syarat Carian Bakat; Terma-terma dan Syarat-syarat Profil Syarikat, Terma-terma Penggunaan API SEEK dan Terma-terma dan Syarat-syarat Laman Web.

Laman Web Pihak Ketiga

Membawa maksud yang diberikan kepadanya dalam bahagian 8(d) Dasar Privasi ini.

UK

United Kingdom.

UK GDPR

Peraturan Perlindungan Data Am UK.

Pengguna Tak Berdaftar

Pengguna yang:

a. menggunakan dan melawat Platform kami tetapi tidak mendaftarkan butir-butir mereka dengan kami melalui Platform; atau

b. berinteraksi dengan kami melalui saluran lain di luar Platform kami, contohnya, melalui telefon atau secara peribadi, melalui proses permohonan pekerjaan langsung, sebagai pelabur atau dengan menyertai mana-mana acara, program atau promosi lain.

Data Penggunaan dan Peranti

Membawa maksud yang diberikan kepadanya dalam bahagian 3(a) Dasar Privasi ini.

Pengguna, anda

Calon, Pengiklan, Pengguna Berdaftar, Pengguna Tak Berdaftar dan semua pengguna lain (sebagaimana yang berkenaan) yang sebaliknya berinteraksi dengan kami dan/atau menggunakan produk, perkhidmatan atau maklumat kami, kecuali konteks memperuntukkan bahawa hanya Calon, Pengguna Berdaftar, Pengguna Tak Berdaftar dan/atau Pengiklan yang dirujuk.

Pengguna Muda

Bermaksud mana-mana Pengguna di bawah umur minimum yang diperuntukkan di bawah Undang-undang Privasi yang dikenakan, termasuk:

a. bagi Pengguna di Thailand, Pengguna Muda bermaksud orang di bawah umur 20 tahun yang belum berkahwin dengan sah.

b. bagi Pengguna di Indonesia, Pengguna Muda bermaksud orang di bawah umur 21 tahun yang belum berkahwin dengan sah.

Jika anda seorang warganegara atau pemastautin lazim dalam bidang kuasa relevan yang diterangkan di bawah, terma-terma khusus yang melibatkan bidang kuasa tersebut yang dibentangkan seperti berikut akan menambah dan hendaklah dibaca bersama-sama dengan Dasar Privasi ini. Jika berbangkit percanggahan antara terma-terma yang khusus bagi bidang kuasa tersebut, sejauh mana dikenakan terhadap bidang kuasa anda, dan kandungan selainnya dalam Dasar Privasi, terma-terma yang khusus bagi bidang kuasa yang relevan akan mengatasi yang lain.

a. Kawasan Ekonomi Eropah (EEA) dan United Kingdom (UK)

Jika anda berada di EEA atau UK, di samping perkara yang dibentangkan dalam Dasar Privasi ini, peruntukan berikut akan dikenakan ke atas anda selaras dengan GDPR atau UK GDPR (sebagaimana yang berkenaan).

Anda boleh menghubungi kami dengan menggunakan apa-apa cara yang dibentangkan dalam bahagian 15 di atas untuk meminta agar kami:

  • memberikan kepada anda sesalinan Maklumat Peribadi yang disimpan oleh kami mengenai anda dalam bentuk mudah alih (‘portable’) dan boleh dibaca oleh mesin (‘machine-readable’); atau

  • berkongsi Maklumat Peribadi anda dengan pihak ketiga yang dicalonkan.

b. Hong Kong

Kami bercadang untuk menggunakan nama dan butir-butir hubungan Pengguna Berdaftar bagi tujuan pemasaran langsung berkaitan dengan produk dan perkhidmatan berikut, dan kebenaran anda (yang termasuk petunjuk bahawa anda tidak mempunyai bantahan) diperlukan untuk kami berbuat demikian:

  • produk dan perkhidmatan kami termasuk maklumat mengenai ciri-ciri kami, maklumat penempatan pekerjaan dan maklumat kerjaya yang berkaitan, surat berita, tinjauan dan maklumat acara lain;

  • produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh perniagaan dalam Kumpulan SEEK; dan

  • produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Pengiklan dan Rakan Niaga.

Sila rujuk kepada bahagian 13 berkenaan dengan pilihan anda untuk berhenti melanggan pemasaran langsung.

c. Thailand

Jika anda berada di Thailand, tertakluk kepada had dan syarat dalam Akta Perlindungan Data Peribadi B.E. 2562 (2019) (PDPA) dan sebarang peraturan, kaedah, garis panduan, pemberitahuan dan perintah yang dikeluarkan melalui PDPA, seperti yang mungkin dipinda dari semasa ke semasa, anda berhak melaksanakan hak berikut berkenaan dengan Maklumat Peribadi anda.

Hak untuk mengakses

Untuk meminta akses kepada Maklumat Peribadi anda, atau meminta untuk mendapatkan sesalinan Maklumat Peribadi tersebut, serta meminta pendedahan mengenai bagaimana Maklumat Peribadi anda diperolehi tanpa kebenaran anda.

Hak untuk mendapatkan data dalam bentuk mudah alih

Untuk mendapatkan Maklumat Peribadi anda daripada kami dalam format yang secara amnya boleh dibaca atau boleh digunakan dengan alat atau peranti automatik, dan anda juga berhak meminta agar kami menghantar Maklumat Peribadi anda dalam format tersebut kepada pengawal data yang lain.

Hak untuk membantah

Untuk membantah Pemprosesan Maklumat Peribadi anda, terutamanya jika Maklumat Peribadi anda Diproses bagi tujuan pemasaran langsung.

Hak pemadaman

Untuk meminta agar Maklumat Peribadi anda dipadamkan, dimusnahkan atau tidak mengenal pasti anda secara peribadi.

Hak penggantungan

Untuk meminta agar Pemprosesan Maklumat Peribadi anda digantung.

Hak pembetulan

Untuk meminta agar Maklumat Peribadi anda dikemaskinikan, dilengkapkan atau dibetulkan. Bagi Pengguna Berdaftar, anda boleh secara alternatif menyunting atau meminda Maklumat Peribadi anda pada bila-bila masa dengan log masuk ke dalam bahagian ‘Profile’ di Platform kami, atau menyelaraskan seting anda dalam bahagian ‘Settings’ di Platform.

Hak untuk menarik balik kebenaran

Jika asas undang-undang untuk Memproses Maklumat Peribadi anda adalah kebenaran, anda berhak menarik balik kebenaran anda pada bila-bila masa, tertakluk kepada syarat dan had yang ditetapkan oleh PDPA. Penarikan balik kebenaran anda tidak akan menjejaskan Pemprosesan Maklumat Peribadi anda yang telah dibenarkan dengan sah oleh anda sebelum kebenaran tersebut ditarik balik.

Hak untuk membuat aduan

Anda berhak membuat aduan kepada pihak berkuasa pengawalseliaan perlindungan data peribadi sekiranya kami tidak mematuhi atau melanggar PDPA. Namun begitu, kami menggalakkan agar anda terlebih dahulu menghubungi kami untuk menyelesaikan sebarang isu atau kebimbangan.